Advertisement
-
Dream on.....
Dream on.....
Fudzail
Oct 7, 05 12:41pm
(Ditulis dalam tahun 1997 di New Orleans)
Mesti mesej emelnya berakhir dengan perkataan itu. Sinis. Dan aku hanya tersenyum sendiri di depan layar komputer. Mungkin dia juga begitu setiap kali menulisnya. Berperang dengan perasaannya sendiri.
Memang segalanya bermula dengan main-main. Bermain dengan perasaan. Bernakal-nakal di dunia siber. Bernakal-nakal dengan keadaan. Akhirnya menjadi penagih. Terperangkap dalam emosi.
Melalui denyutan elektronik, menjalari rongga perasaan. Berbual tanpa suara. Berkomunikasi secara bisu. Mesra menguasai diri.
"Kau mesti datang ke New Orleans!" Mesej yang ku hantar dengan harapan.
"Tak mungkin, dream on!" Jawabanya ringkas.
'Ekspo Grafik Sedunia ini paling sesuai untuk projek laman web kau. Segala yang terbaru dan terkini, yang belum dipasarkan pun akan di tunjukkan. Perbincangan oleh para pakar grafik sedunia pasti membuka minda dan memberi inspirasi" Aku terus saja mencuba.
"Lima hari terlalu lama!" Jawabnya. Menampakkan harapan.
"Lima hari akan berlalu sekelip mata. Faedahnya terlalu besar!" Aku terus saja berkempen.
"Apa lagi?" Tanyanya.
"Aku akan betangkan kertas kerja!"
"Itu yang betulnya bukan?"
"Salah satu dari agendanya!"
"Apa kertas kerja kau?"
"Berkomnikasi cara baru di internet, melalui grafik!"
"Cara baru?"
"Kau kena dengar sendiri di New Orleans!"
"Akan kufikirkan!"
Dan aku tahu dia sudah terbeli pujukanku.
Setahun lamanya ulang-alik emel antara kami. Setiap hari. Bait-bait yang ditulis sudah boleh menjadi sebuah novel. Novel romantik dua jiwa di layar komputer.
Dia yang kukenal di sebuah pameran komputer tempatan. Kebetulan mengunjungi satu booth. Bertanya perkara yang sama. Bertukar kad. Alamat emel. Hantar dan berbalas. Bertukar-tukar maklumat. Bertukar-tukar pendapat.
Dalam berhujah, kadang-kadang bergaduh. Selalu berperang kata-kata.
Tetapi semakin intim. Semakin serius. Dalam cuba mengelakkan begitu. Dalam cuba berpura-pura tiada kesan apa-apa selama pelayaran emel itu.
Dia juga seorang jurutera sistem seperti aku. Kebetulan. Sebaya. Juga kebetulan suaminya seorang ahli perniagaan. Manakala isteriku peniaga jualan terus. Anaknya dua dan anakku satu.
"Dia memang jarang berada di rumah. Selalu outstation dengan bisnesnya. Ada kalanya satu dua minggu."
"Sama dengan isteriku. Sering keluar dengan dealersnya. Kadang-kadang dua tiga hari."
"Mereka dan dunia perniagaan. Memburu wang, kekayaan dan glamour!"
"Dan kita menjadi pinggiran dalam rumahtangga sendiri."
"Apakah kau tidak berminat menjadi seorang usahawan?"
"Aku selesa makan gaji!"
"Aku juga!"
Ianya lebih dari itu. Mungkin kami tidak ada banyak masa untuk bercakap dengan pasangan masing-masing. Tidak banyak kesempatan untuk meluahkan perasaan dengan pasangan. Emel dan teknologi bagai saluran terbaik, ruang alternatif. Pasangan maya.
"Bagaimana dengan Eddie?" Tanyaku sewaktu anak sulungnya demam.
"Semakin sembuh!"
"Anakku Arnie kena selsema" Aduku pula.
"Macam Irwan, aku bawa dia ke klinik. Tak sempat habis ubat, baik!"
"Tengoklah balik nanti, kalau makin teruk, aku akan bawa jumpa doktor"
Anak-anaknya yang aku tidak pernah jumpa dan kenal sudah semakin menjadi sebahagian dari kehidupan seharianku. Semakin mesra. Seakan setiap hari kubelai.
Dramatik. Itulah perasaan yang semakin dibuai oleh keinginan.
"Bagaimana kau boleh mengahwini dia?"
"Bercinta di universiti, dia senior aku! Kau?"
"Isteriku dulu sekretariku.....sebelum kahwin lagi dia sudah berjinak dengan jualan langsung. Nampak semakin hebat. Mungkin pendapatan dia lebih banyak dari aku sendiri. Aku tak kisah. Dia bahagia, aku bahagia!"
"Suamiku bercita tinggi. Mahu jadi jutawan. Sebab itu berniaga hingga tak kenal anak isteri."
"Habissss..., sibuk-sibuk dia pun dapat dua anak juga!"
"Kau nakal!"
"Dia sembahyang?"
"Kalau di rumah tu buat juga. Kat luar, Allahuallam!"
"Macam tak percaya suami sendiri saja!"
"Macam tu perangai dia. Isteri kau?
"Isteri aku macam tu juga. Dia tak mahu beranak. Merancang. Lagipun jaga badan, bila dah jadi agen jualan langsung ni kena banyak keluar, mungkin menyusahkan dia!"
"Kau tak mahu anak ramai ke?"
"Sudah tentu. Aku sukakan budak-budak. Kau?"
"Macam tu juga!"
"Kau sepatutnya mengahwini aku!"
"Jangan fikir yang bukan-bukan!"
"Apa maksud kau?"
"Tak ada apa-apa"
"Apa maksud kau?"
"Tak ada apa-apa. Mengapa? Sudah..... perasan?"
"Bukan perasan. Kau juga berfikiran begitu?"
"Kau gila, mahu dibunuh oleh suamiku?"
"Mungkin suami kau pun sudah punya yang lain!"
"Jangan bermain dengan api!"
"Api ini sudah pun membakar, bukan?"
"Apa kau tidak takut pada isteri kau?"
"Aku takut pada Tuhan!"
"Kalau begitu kita hentikan semua ini!"
"Kau mahu?"
"Mahu apa?
"Hentikan semua ini!"
"Tak tahu!"
Ianya terhenti sekadar sehari. Itupun hari minggu. Esoknya, emelnya tiba lagi.
"Kau lihat ini, ada seorang budak lelaki ni asyik menghantar emel, mahu berkenalan denganku!"
"Kau layan dia?"
"Aku beritahu yang aku sudah empat puluhan, anak lima tetapi dia tak percaya terus saja menghantar emel, malah katanya dia tak kisah, budak ni kelakar juga, jurutera baru balik luar negeri, menggatal dalam emel!"
"Jangan main dengan api!"
"Kau cemburu?"
"Ya.....cemburu"
"Kau lagi kelakar!"
"Aku serius!"
“Dream on!"
Sememangnya bukan mudah untuk bermain dengan perasaan. Segalanya di luar dugaan. Di luar jangkaan. Kalau tidak begitu bahana bermain dengan api.
Dan ianya lebih rumit.
Aku seorang suami.
Dia seorang isteri.
Nusyuz dilayar siber?
"Selamat datang ke New Orleans". Kota yang lima kaki di bawah paras laut. Kota yang sering kukunjungi atas nama seminar.
Dia yang kelihatan letih sekadar tersenyum. Aku lantas membawa begnya ke teksi yang menunggu.
"Mengapa begitu lambat membuat keputusan untuk datang?" Tanyaku bersama deruan enjin teksi menghala ke kota New Orleans. Melintasi kubur atas tanah dan Superdome.
"Banyak perkara yang kufikirkan!" Jawabnya sambil menghela nafas.
"Apa kata suamimu?"
"Dia kata okay saja. Aku beritahu yang aku minta kau tolong sebab kau salah seorang pendukung Ekspo ini. Lagipun aku dihantar oleh syarikat. Untuk bekerja. Dia kirim salam!"
Aku tersenyum."Dia tak cemburu?"
Dia menggeleng."Dia macam tak kisah, malah dia suruh aku beritahu kau, jaga aku baik-baik!"
"Dia perli agaknya!"
"Mungkin!"
"Kau tahu, semua bilik hotel di sini telah habis ditempah sejak dua bulan lalu. Ada 15 ribu perwakilan dari seluruh dunia."
"Bukankah kau salah seorang jawatankuasa antarabangsa. Sudah tentu boleh tolong!"
Aku terdiam. "Aku boleh tolong kalau kau beritahu sebulan lalu!"
"Habis macam mana?"
"Kita terpaksa berkongsi bilik!"
Dia dengan terkejut memandangku."Kau gila?"
"Habis kau nak tidur kat kaki lima? Macam para penduduk yang homeless tu?"
Dia terus diam sepanjang perjalanan hingga ke hotel. Sesekali mendengus, macam menyesal. Nampak dia gelisah. Mungkin pelbagai kemungkinan difikirkannya. Aku sesekali menoleh padanya. Memang dia masih cantik. Atau apakah itu pandangan mataku saja?
"Ini biliknya!"
Dia memandangku. "Kau takkan apa-apakan aku!"
Aku mendiamkan diri. Tersenyum nakal.
"Kau nak aku apa-apakan kau ke?"
"Aku bunuh kau!"
Aku tergelak. Berkongsi bilik? Apa aku sudah hilang akal? Aku tertawa.
"Bilik aku kat sebelah!"
Dan dia mengejar aku keliling bilik itu. Ketawa tak henti. Macam anak-anak. Sebetulnya dia bernasib baik. Biliknya itu telah ditempah untuk seorang lagi ahli jawatankuasa antarabangsa yang aku minta tolong berkongsi dengan seorang rakan lain. Untuk dia.
"Kau lapar?" tanyaku. Penerbangannya dari Los Angeles memakan masa hampir tiga jam lebih.
Dia mengangguk. Manja.
"Jom pergi French Quarters, kemudian kita pergi ke restoran kegemaranku, Café de Monde, makan Hot beighnets dan minum kopi terkenal di New Orleans. Sambil dengar lagu jazz!"
Kami berjalan kaki beberapa blok. Aku sengaja melintasi Bourboun Street yang terkenal itu. New Orleans di penuhi pengunjung ekspo. Di mana-mana dipenuhi manusia. Bagaikan pesta Mardi Grass.
"Bila kertas kerja kau?" Tanyanya sambil mengunyah donut.
"Besok petang. Di Bilik kuliah 45!"
"Apa yang kau bentangkan?"
"Tunggulah besok!"
"Apa lagi agendanya?" Dia mengingatkan pada janji dalam emel tempoh hari.
Sambil mendengar lagu jazz dari tiupan saksofon, aku memandangnya dengan tajam.
"Mengapa kau merenung aku begitu?"
"Itulah agenda besarnya. Tentang kita!"
Dia diam. Lagu jazz itu mengingatkan aku pada zaman aku di universiti. Memang aku meminati irama jazz terutama George Benson, Louis Amstrong dan New Orleans adalah kota jazz.
"Kita tidak semakin muda! Semakin kesuntukan masa. Apakah telah kau fikirkan semuanya?"
Dia masih diam sambil menghabiskan makanannya.
Esoknya, selepas selesai membentangkan kertas kerja di bilik kuliah 45, Ernest N.Morial Convention Center, aku segera mengajak dia menyusuri Sungai Mississippi. Menaiki kapal steam Delta Queen dari Riverwalk.
Kapal yang belayar perlahan itu memang romantik sewaktu hampir senja. Melihat mentari terbenam dari Mississippi berlatarbelakangkan New Orleans. Bersama iringan lagu-lagu Jazz. Menikmati makan malam hidangan laut.
Dan berdua dengan dia buat pertama kali sebagai pasangan.
"Wauuuuu....hebat kertas kerja kau!"
"Itu kerja mengarut.Pakai tangkap muat. Entah apa-apa. Aku buat seminggu sebelum datang."
"Tapi idea itu bagus!"
"Idea itu pun aku dapat sewaktu ber'emelan' dengan kau. Kaulah yang memberi inspirasi!"
"Iyalah tu!"
"Iya. Dan aku buat kertas kerja untuk dapatkan tiket dan penginapan yang ditaja. Cuti percuma selain kembangkan bakat aku!"
"Tapi kau hebat, sungguh. Aku terpesona dengan cara kau menjawab setiap soalan. Seakan-akan seorang ahli politik. Bijak kau memberi analogi. Dan gaya penyampaian kau cukup kemas dan padu!"
"Alhamdulilah dan terimakasih. Kau tidak seperti isteriku. Dia tidak pernah menghargainya dan seringkali menganggap aku membuang masa!"
"Mungkin dia tidak memahami"
"Mungkin kerana dia terlalu menghargai duit, bukan kreativiti, bukan intelektual! Aku sebenarnya ingin kau impressed. Itu lebih penting dari audien lain! Nampaknya kau terpesona, jadi aku telah berhasil"
Dia diam. Melihat ke arah sungai yang penuh peristiwa dan sejarah itu.
"Bagaimana dengan agenda kita?"
Dia hanya tersenyum.
"New Orleans ini kota yang romatik. Bersama jazz, Bourboun street, Mardi Grass, Creole dan Cajun, Mississippi, French Quarters, dan antaranya ada kita. Di sini aku ingin bertanya dan aku memang ikhlas. Apakah kau sudi untuk menjadi isteriku?"
"Kau tidak pernah putus asa dan sentiasa memerangkap!"
"Aku telah lama terperangkap dan aku tidak mahu terjerat!"
"Sukar, rumit, kompleks! Kadang-kadang perasaan mengatasi rasional. Aku ingin bersikap rasional, matang dan terpenting, semua ini bukan sekadar satu escapism! Satu pelarian dari segala kegawatan alam usia tiga puluhan. Atau trend pasangan dekad sembilan puluhan. Aku keliru"
"Aku telah membuat keputusan untuk memperisterikan kau. Aku telah pun memberitahu isteriku tentang itu. Dia memang menentangnya dan aku telah cukup bersedia dengan segala kemungkinan. Walau apapun aku tidak mendesak dan jauh sekali memaksa, terpulang pada kau!"
"Berikan aku sedikit masa lagi kerana aku takut tersilap perkiraan. Anak-anak, ibubapa, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan! Biarpun mungkin suamiku tidak kisah dengan apa alasan sekalipun, aku terpaksa juga memikirkan tentang perasaan anak-anakku. Tentang aku bermadu, menumpang kasih dengan suami orang. Atau kita seharusnya memberi peluang kedua pada pasangan masing-masing! "
"Ambillah masa sebanyak mana kerana aku sudi menanti sampai bila-bila. Selamanya!"
Dia tergelak. "Selamanya? Apa ini Uda dan Dara versi terbaru? Bercinta secara terlarang dan songsang!"
"Ya, kalau sudah jodoh, ianya tidak ke mana. Dunia telah berubah. Yang penting, kita tidak membuat sesuatu di luar batasan agama!"
"Apa ini semua tidak menyalahi agama?" Tanyanya sinis. Soalan yang menikam diri sendiri.
Aku terdiam. Memandangnya yang turut terdiam. Kami berpandangan. Lama.
"Hey, kita datang ke sini secara kebtulan...bukan? Aku pun tidak menyentuhi kau!" Cubaku mencari alasan. Walaupun ini semua adalah satu agenda yang telah dirancang.
"Satu hari nanti aku akan meminta maaf dengan suami kau, sebelum aku mati! Oleh itu kena cepatlah kau membuat keputusan sebab aku mungkin mati esok!" Sambungku dalam keadaan serba salah.
Tiba-tiba seorang perempuan tua berkulit putih yang datang dari arah deck, menegur setelah melihat kami berbual tanpa menghiraukan majlis yang seakan-akan pesta di atas kapal itu.
Tiupan saksefon cukup mengasyikkan.
"Maaf, anda berdua kelihatan romantik, sambut ulangtahun perkahwinan ke?"
Dia menjadi amat serba salah. Sekadar menggangguk perlahan-lahan. Sememangnya hari itu adalah ulangtahun perkahwinannya yang ke 10. Dan merayakannya bersama aku!
Perempuan itu mencium pipinya. "Tahniah, semuga bahagia selamanya!"
Aku tersenyum. Mengharapkan begitulah, antara aku dan dia suatu hari nanti.
Dalam ketawa, cepat-cepat aku membisikkannya sebelum dia sempat mengucapkannya.
“Dream on!"
--------------------------------------------------------------------------------
Fudzail yang kini bermastautin di Dubai sejak 2000 sedang dalam proses penghijrahan semula ke New Zealand sebagai rumah kedua. Antologi puisi pertamanya, Waikato diterbitkan oleh DBP tahun 2001 dan diulang cetak tahun lalu. Antologi cerpen Dotkomanianya juga masih dalam proses penerbitan.
more
-
A.P. yang tak buat duit...
Fudzail
Sep 30, 05 12:43pm
Hidup tidak selalunya seperti paparan di dalam skrin atau komik. Tidak juga seperti realiti TV dan siri perlawanan gusti. Tetapi saya dibesarkan oleh ‘superheroes’ yang memakai seluar dalam di bahagian luar. Kadang-kadang mereka ini, seperti ahli gusti, hanya memakai seluar dalam dan layak sebagai hero, ironis sekali.
Dari zaman kanak-kanak, terbawa-bawa emosi untuk menjadi ‘superhero’ dan menyelesaikan apa saja dengan kekuatan fizikal. Saya mahu jadi superman, batman, X-men, Fantastic 4 – sebagai wira untuk selamatkan dunia.
Alangkah seronoknya mempunyai kekuatan dan kekuasaan sebegitu. Boleh saja saya menghabiskan kertas-kertas projek siswa-siswi tahun satu (ambil kerja sambilan dengan pensyarah untuk menambahkan pendapatan). Boleh juga menghabiskan tesis sarjana yang terbeku oleh bencana penyakit ‘writer's block’.
Malangnya, saya bukan ‘superhero’, bukan juga tok bomoh yang boleh menghalau hantu dan jin dari tubuh. Hanya seorang pemuda biasa dari Kulaifornia yang tersesat di sebuah kampus universiti. Tersesat kerana tersalah membaca panduan jalanraya. Sepatutnya saya tidak perlu ke universiti dengan berhutang dari PTPTN. Baik masuk Akademi Fantasia, cukup tiga bulan boleh
jadi graduan dengan rumah, kereta dan hadiah lumayan lain. Glamor dan terkenal seantero negara. Jadi wira kampung, ada kelab peminat fanatik dan diperkatakan di mana-mana.
Kerana demam akademi fantasia menjelang semester akhir ini, maka hantu dan jin menjadi-jadi puakanya. Menambahkan sarang kebimbangan yang bertindak menjadi ‘firewall’ dalam kepala. Tidak menghalang virus, cecacing dan trojan. Tetapi menjadi empangan yang menghalang sungai kreativiti dan inspirasi walau hujan lebat turun.
Malah teh tarek, roti canai, rokok kretek, ulangan lagu 'Beautiful' James Blunt, poster Siti Norhaliza dan Jessica Simpson, mahupun lagu-lagu patriotik bulan kemerdekaan gagal mengubah kemuraman. Tersadai di pinggiran sedar. Mabuk dalam kewarasan. Tak keruan. Nak pecah otak yang panas dibakar bara kebimbangan.
Blog juga sudah lama tidak dikemaskini. Hajat mahu berkongsi dengan dunia tentang apa yang sedang mengasak minda. Setiapkali cuba menaip, kebimbangan menghilangkan kekuatan jari-jemari. Menatap skrin kosong. Sifar idea. Buntu dan beku.
Apakah yang dibimbangkan? Bukan masalah cinta monyet atau kekasih awal dan akhir. Bukan kenaikan harga petrol dan inflasi. Bukan perang Iraq dan orde baru dunia di bawah neo-con. Bukan masalah negara, bukan masalah jerebu dan tentunya bukan masalah politik dunia blog yang meracau dengan pelbagai syarat tak bertulis merimaskan. Kena tautan dengan blog itu, blog ini, ‘politically correct’ dengan para blogger senior. Ping sana, ping sini. Lama-lama jadi
bola ping pong.
OK-lah, sebenarnya bimbang mengenai apa selanjutnya selepas tesis akhir di siapkan, dihantar, dimarkahkan oleh sang profesor bestari dan saya dianugerahkan sehelai kertas sarjana. Mahu kerja dalam dunia korporat? Mahu bersaing dengan ribuan yang masih menganggur? Bahasa Inggeris pun masih sama sahaja tarafnya dengan gred P7 dalam SPM. Sekadar boleh memesan
makanan di restoran segera.
Senarai orang terkaya
Mahu jadi usahawan berjaya seperti mereka yang dalam senarai orang terkaya di Malaysia juga seperti mahu jadi ‘superheroes’. Taraf angan-angan. Kata seorang kawan yang masih menganggur sejak dua tahun lalu, bagus menceburi dunia bio-tek, industri akan datang yang bakal meletup-letup. Bernilai bilion-bilion dollar. Tetapi dengan sarjana sastera tanpa pengalaman industri, mungkin sekadar jadi botak.
Paling mudah, terus sahaja bergelumang dalam dunia akademik. Dengan slogan, berkorban demi anak-anak bangsa. Menghuni kampus sepanjang hayat. Bersuka ria dengan siswa-siswi, dewan kuliah, kertas-kertas untuk diperiksa, gred A, B, C, D, E dan F. Kemudian sambung buat PhD, jadi pensyarah penuh, profesor madya, jadi profesor, naib rektor, kalau ada rezeki boleh juga jadi rektor. Kalau bernasib baik dengan pelbagai buku, tesis, seminar dan masuk keluar TV, radio, akhbar, majalah, ada yang menawarkan bertanding dalam pilihanraya, boleh pula jadi menteri. Tentu boleh kaya-raya. Vroooommmmm!
Sekilas seorang manusia dengan Harley Davidson mengejutkan siri drama samarinda dalam kepala. Hampir terlanggar, saya termakan jalan dan tidak melihat kiri kanan sebelum melintas. Jantung yang sudah bersarang nikotin berdenyut kencang sekejap, selaju F1 panduan Schumacher. Menoleh, bukan sembarangan Mat Rempit. Tetapi satu Amoi, gadis cun berbangsa Cina. Mata kami bertentangan. Masa itu juga walkman melagukan "Beautiful" nyanyian
James Blunt.
Aduh, bagai saja terhantar dalam adegan Sepet! Amoi itu berlalu dengan lirikan menikam. Vrooommmmm. Terus berlalu. Hati saya telah dibawa pergi. Beberapa minit kemudian, tepat jam 9 pagi, saya pun tiba di kawasan flet Lembah Subang yang tertera dalam kad bisnes. Sesudah turun dari bas perantara dari stesen LRT Kelana Jaya. Terpampang papan tanda di luar flet
bawah berwarna oren. Sama warna protes samseng yahudi di Gaza.
Memberi salam. Seorang lelaki berumur, bertubuh sasa, ada iras arwah pelakon Noordin Ahmad, muncul dan mempersila masuk. Saya ke sini setelah seorang sahabat sekursus memberi cadangan. Menurut teori budak utara itu, salah satu cara untuk menghilangkan kebimbangan, kebuntuan, kebekuan otak ialah dengan berurut. Entah betul entah tidak, tetapi saya mesti mencuba.
Katanya, urat-urat yang terseliuh atau lemah dalam tubuh mesti diperbetulkan semula. Mengenangkan tesis mesti disiapkan, kertas siswa-siswi mesti digredkan, blog mesti dikemaskinikan sebelum jadi basi, maka saya segera menelefon dan membuat temujanji.
"Tanggal pakaian dan pakai kain pelikat ni!" Arahan yang tegas.
"Sebelum lupa, apa nama penuh anak ni?"
"Saya Asmawi Pirdaus!"
"Pakcik ni Ahmad Aripin, tetapi orang panggil, Ayah Pin ... tetapi bukan Ayah Pin kerajaan langit, kerajaan bumi saja!" Kami ketawa. Saya tahu dia dipanggil Ayah Pin, seperti dalam kad bisnesnya, "Ayah Pin – Pakar urut tradisional".
"Saya orang panggil A.P. saja singkatan Asmawi Pirdaus! Sebab masa tahun sekolah menengah dulu ada tiga Asmawi, seorang jadi Mawi World seorang jadi Mawi samseng dan entah macam mana saya dipanggil A.P."
Ayah Pin ketawa. "Kita ni dua-dua sama ada A.P! Tapi A.P. yang tak buat duit...!"
Keliling dunia dengan SMS
Ternyata Ayah Pin ada ‘sense of humour’. Kontraversi A.P. masih saja menjadi isu semasa. Menjadi bahan jenaka pelbagai media dan golongan. Penat juga melayan kawan-kawan dengan jenaka A.P. yang mengelilingi dunia melalui SMS.
Ayah Pin membawa saya dalam bilik. Ada hawa dingin. Tanpa perabot, hanya tilam kosong. Ada juga keris tergantung. Dengan slogan, hidup Melayu dalam tulisan jawi berwarna merah. Ada banyak gambar. Gambar Tunku Abdul Rahman melaung merdeka, potret Tun Abdul Razak, Tun Ismail dan Tun Hussien. Patriotik sekali Ayah Pin.
"OK. Berbaring!" Saya kurang selesa sekadar berpelikat kerana sepanjang masa dengan jeans. Ayah Pin segera mengurut dari kaki kanan.
"Maaf ya A.P. Ayah Pin ni kalau berurut banyak sembang, jangan pula A.P rasa tersinggung. Kalau tak bersembang, Ayah Pin kurang laju mengurut!'
Saya sudah mengaduh bila jarinya menekan tapak kaki. Mengangguk.
"A.P. ni tak pernah berurut ke?"
Saya sekadar menggeleng. Menahan sakit. Dalam usia 24 tahun, mana glamor pergi berurut, tidak macam pergi disko dan cineplex atau melepak di komplek membeli-belah.
"Berurut ni bagus A.P. Ayah Pin berurut dan mengurut sejak umur 18 tahun lagi. Belajar lima tahun di Siam, Indonesia dan merata negeri. Kira-kira kalau masuk universiti, bolehlah dapat ijazah... tapi mana ada ijazah urut! Sijil pun tak ada!"
Aduh! Saya hanya mendengar. Terus sahaja menahan sakit. Maka sesi berurut itu bakal jadi sebabak monolog.
"Kamu ni banyak sangat makan mee segera, makanan segera dan merokok. Muda-muda lagi sudah banyak urat-urat tak betul ni. Tak langsung pergi senaman dan sukan. Kau tengok Ayah Pin, sudah umur 61 tahun, sebaya Mick Jagger dan sama steady... Ok cuba Ayah Pin cek hang punya anu...!"
Saya jadi berdebar dan malu. Apa kena mengena dengan yang sulit? Tetapi tiada masa untuk bertanya lanjut bila tangan Ayah Pin sudah menjalankan tugasnya.
"Hmm... .kalau Ayah Pin beritahu A.P. jangan marah dan kecil hati ya! Benda yang benar kadang-kadang pahit, tetapi kalau simpan boleh jadi racun."
Saya menggeleng dalam berdebaran. Saya sudah terkulai oleh urutan magis Ayah Pin.
"Sah kurang air mani...!"
Konspirasi Yahudi?
Satu dentuman bagai sebiji lagi letupan dari pengebom berani mati menggegar tengah-tengah Baghdad dan mengorbankan puluhan nyawa. Begitu hebat Ayah Pin membuat pemeriksaan batin. Mengalahkan doktor pakar. Pegang, urut dan tahu simptom.
"Itulah anak-anak muda kita banyak tak tahu konspirasi Yahudi. A.P. ni pakai jeans kerap sangat, minum air gas, makanan segera, banyak gula, lemak dan garam. Semua itu konspirasi Yahudi nak menjahanamkan kita... ayam dan daging lembu tu semua mana bagus, tengok Amerika sudah
penuh dengan masalah obes dan remaja buas dan seks liar. Ini seluar jeans, tahu tak seluar jeans tu boleh rosakkan kesuburan senjata sulit lelaki?"
Ayah Pin seakan seorang lagi pensyarah yang membebel. Tetapi banyak pengetahuan am.
"Sebab itu anak-anak Ayah Pin, Ayah Pin hanya bagi makan daging kambing dan minum susu kambing... alhamdulillah, keempat-empat semua otak geliga. Mereka juga Ayah Pin urut sejak kecil. Walau tak seorang jadi tukang urut, tetapi semua berjaya dan seorang sudah dapat Datuk. Khasiat daging dan susu kambing memang terbukti. Hang bagitahu Ayah Pin, kenapa semua
nabi-nabi kita jadi gembala kambing?"
Saya menggeleng. Soalan cepu mas yang tak terfikirkan sebelum ini.
"Kenapa para nabi tidak jadi gembala lembu atau unta? Tentu ada keistimewaan kambing. OK. Cuba Ayah pin periksa perut hang pulak...!"
Aduh. Aduh. Aduh. Jari Ayah Pin menekan perut.
"Tengok ni, perut pun dah jatuh, hai orang muda, banyak yang tak kena ni!"
"Ayah Pin, perut jatuh tu apa maknanya?" Itu soalan 'bola tanggung'.
"Orang utara kata, ‘B-O-R-O-I’!"
Saya terdiam. Memang perut sudah menunjukkan kebuncitan. Hasil usaha asyik duduk di kerusi malas buat kerja, ulangkaji, siapkan assignment, menonton TV, makan, minum dan tidor. Kerusi malas itu menjadi paksi kehidupan buat seorang ‘couch potato’.
"O.K, Sekarang Ayah Pin nak naikkan balik perut yang jatuh ni! Bila Ayah Pin kata ‘inhale’, A.P tarik nafas, bila Ayah pin kata ‘exhale’, hembus nafas ikut mulut, ok?"
Saya terkejut dalam sedikit kagum. "Ayah Pin boleh cakap orang putih?"
"Ayah Pin ni ada ramai pelanggan, orang putih, Jepun, Korea, China, Arab, Turki, India, Rusia, lebih kurang 5 ribu... ada doktor, magistret, peguam, artis, menteri. Malah cakap Cina dan Tamil pun boleh sikit-sikit! Kita kan rakyat Malaysia, muhibahlah sikit."
Urat semua tegang...
Saya menarik dan menghembus nafas seperti yang diarahkan. Bertambah peratus ketaksuban.
"O.K. How do you feel now? Bladder is back in the right place..." kata Ayah Pin. Saya mengangguk-angguk. (Apa dia ‘bladder’?)
"Sekarang Ayah Pin periksa belakang pula... meniarap!"
Masa itu saya sudah dalam keadaan bogel. Kain pelikat luruh ke bawah.
"Beritahu Ayah Pin terus-terang, betul tak sekarang ni ada masalah yang menyekat aliran darah ke kepala otak... urat-urat semua tegang ni.!"
Ketika itu peratus ketaksuban sudah meningkat laju.
"Masalahnya memikirkan masa depan... tengah belajar peringkat sarjana. Kalau habis nanti tak tahu nak buat apa. Nak kerja kena bersaing dengan ribuan para penganggur lain... nak berniaga pun tak tahu nak berniaga apa... masalah besar graduan macam saya!'
Terdengar Ayah Pin ketawa.
"Kau tengok Ayah Pin ni, sekolah rendah pun tak habis sebab perang dunia dua kali. Tapi ada juga masuk universiti dijemput untuk kajian perubatan. Jadi tukang urut pun, alhamdulillah, bolehlah beli rumah banglo dan kereta Waja untuk setiap anak dan isteri. Flet ni dibeli untuk tempat berurut saja!"
‘Superhero’ baru
Saya segera menjadi taksub hampir ke maksima. Boleh saja masuk golongan fanatik. Dalam bertanya sendiri, kenapa saya tidak dilahirkan sebagai tukang urut atau anak tukang urut seperti Ayah Pin? Tidak payah susah-susah belajar teruk-teruk. Tak payah berdepan dengan pengangguran. Tidak perlu jadi ‘superheroes’ untuk selamatkan dunia.
Sesi berurut tanpa disedari menjadi sesi kaunseling dan tutorial. Dengan sendirinya, Ayah Pin sudah menjadi ikon, mentor sebagai ‘superhero’ baru. Ayah Pin membuka minda dan memberi inspirasi. Saya mula berangan sendiri selepas dapat sarjana, saya akan belajar mengurut, bermula sebagai pembantu Ayah Pin. Boleh jadi kombinasi A.P. & A.P. bumiputera bertaraf glokal. Sentuhan magis aura A.P. 'World'.
Tidak sedar masa berjalan begitu cepat dalam menyambung angan-angan yang merentas bumi sambil melayan Ayah Pin tak henti bersembang. Sejam setengah telah berlalu dan tersedar apabila Ayah Pin menyuruh memakai balik pakaian. Dia terus keluar.
Dalam keadaan serba sakit tetapi sedap dan enak di merata badan, saya keluar dari bilik berurut dan ke ruang tamu. Sewaktu cuba menyeluk saku jeans untuk membayar upah mengurut, gadis bermotosikal Harley Davidson yang tadi hampir melanggar, tiba-tiba masuk ke dalam rumah. Dia terkejut melihat saya tetapi terus bergegas masuk ke dalam bilik satu lagi. Saya terperanjat beruk dalam terkeliru lagi menggelirukan.
Saya mengerling ke arah Ayah Pin yang sedang menonton TV satelit di kerusi malas sambil menghisap rokok kretek. Tidak sangka Ayah Pin juga kaki rokok. Dia tersenyum kambing sambil menghembus asap. Seakan tahu apa yang berada dalam fikiran saya.
Saya terus sahaja tergamam, menyirap darah ke kepala. Seratus peratus taksub sepenuhnya. Dalam lagu 'Beautiful' berkumandang di minda, seketika terkeliru antara untuk belajar mengurut atau mengurat, apabila Ayah Pin dengan penuh bangga memberitahu.
"Itulah Cindy... isteri Ayah Pin yang nombor empat!"
--------------------------------------------------------------------------------
FUDZAIL, siswazah sains komputer dari New Zealand dan pemenang beberapa hadiah sastera kini bermastautin di Dubai sejak 2000. Kini mengetuai jabatan IT dan jabatan telekomunikasi sebuah syarikat hartanah terbesar di dunia.
more
-
G8 Dalam Jakuzi Menyambung Dot Dot Dot
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Sastera/20050807103517/Article/
Berita Minggu Ahad 7 Ogos 2005
Cerpen: G8 dalam jakuzi menyambung dot dot dot
FUDZAIL atau nama sebenarnya Mohd Fudzail Mohd Nor, lulusan sains komputer dari New Zealand pernah memenangi beberapa hadiah sastera dan antologinya, 'Waikato', diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau kini bermastautin di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan mengetuai Jabatan Telekomunikasi Nakheel Corporation, anak syarikat Kerajaan Dubai yang membina pelbagai projek mega di negara itu.
KETIKA bom-bom yang dikatakan meletup hampir serentak di tiga stesen 'underground' London, kami kebetulan berendam dalam jakuzi di sebuah kelab kesihatan eksklusif Dubai. Musim panas terus membahang di luar sehingga 50º Celcius. Ketika itu kami membuat sambutan ulang tahun ke-45 secara kejutan untuk Kiran. Seorang ekspatriat dari India yang mempunyai beberapa syarikat tekstil di kawasan beli-belah terkenal Dubai, Naif. Kami menyambutnya dalam jakuzi berbentuk opal dan bersaiz 2 X 5 meter. Tanpa kek, hanya ais krim Swiss yang ditempah khas. Suasana dalam jakuzi memang sering melucukan buat lapan lelaki 40-an bersaiz XXL. Masing-masing mempunyai BMI diparas obesiti dengan gelaran G8. G untuk gemuk, gedempol, gergasi di mana majoriti juga kehilangan rambut. Tidak seperti persidangan G8 di Scotland atau di mana-mana setiap tahun, kami tanpa agenda. Berbincang apa saja terutama yang sensasi. Seperti saja dalam dunia siber. Tiada rasis, tiada prejudis, tiada hipokrasi, tiada sensitiviti. Kadang-kadang porno dan dipenuhi carut-marut. Setaraf pemimpin G8 yang tentunya sama sahaja sekiranya berada dalam jakuzi bersama kami.
Tengah hari itu waktu tempatan Dubai, tiba-tiba kami tergamam melihat skrin TV plasma 39 inci yang tergantung. Terkejut. Cemas. Tidak percaya. \'Breaking news\' saluran BBC sama-sama membantut keseronokan G8 yang kebetulan akan berpisah sebulan dua untuk bercuti musim panas.\r\nTerutama James, espatriat British yang sepatutnya pulang semalamnya ke London bersama keluarga tetapi menangguhkan penerbangan dirinya untuk bersama-sama menyambut ulang tahun hari lahir Kiran. Keluarganya memang menetap di London. Tetapi Kiran sama cemas kerana abangnya, seorang ahli perniagaan yang lahir di India tetapi kini warga negara Britain juga menetap di pinggir London. Abangnya menggunakan underground setiap hari ke Liverpool Street.\r\nManakala Abdul Rahim Rustamani, seorang Arab tempatan atau Emirati bertaraf jutawan terus sahaja menelefon isteri pertamanya yang sedang bercuti di London. Kelapan-lapan kami secara serentak mencapai telefon bimbit. Tetapi talian begitu sibuk. \r\nMemang kami begitu cemas kerana kebetulan juga kelapan-lapan kami dalam G8 ini ada kaitan langsung dan tidak langsung dengan London. Amir Khan, warga Pakistan, peniaga kedai emas yang sudah 20 tahun menetap di Dubai ada dua adik lelaki sedang menuntut di London School of Economics. Chong, warga China yang ada syarikat import eksport barangan permainan di China Town Dubai turut ada seorang anak saudara perempuan bekerja secara tanpa izin sebagai pelayan di Soho. \r\nJuga David, seorang pengarah syarikat multinasional warga Afrika Selatan berkulit putih ada ramai keluarga yang berhijrah ke London sebaik Apartheid terkubur. Adel, usahawan telekomunikasi berbangsa Palestin dan berpasport Amerika baru sahaja menghantar keluarga bercuti bersama abang iparnya di London.\r\nSaya pula, akauntan di sebuah syarikat petroleum ada seorang adik lelaki yang bekerja di London sebagai eksekutif pelaburan sejak lima tahun lalu. Adrian telah berkahwin dengan gadis London yang berasal dari Hong Kong. Tidak mahu pulang ke tanah air kerana mahu menikmati gaji dalam sterling selain mahu menjadi ekspatriat global yang berjaya dalam perbankan.\r\n",1]
);
//-->
Tengah hari itu waktu tempatan Dubai, tiba-tiba kami tergamam melihat skrin TV plasma 39 inci yang tergantung. Terkejut. Cemas. Tidak percaya. 'Breaking news' saluran BBC sama-sama membantut keseronokan G8 yang kebetulan akan berpisah sebulan dua untuk bercuti musim panas. Terutama James, espatriat British yang sepatutnya pulang semalamnya ke London bersama keluarga tetapi menangguhkan penerbangan dirinya untuk bersama-sama menyambut ulang tahun hari lahir Kiran. Keluarganya memang menetap di London. Tetapi Kiran sama cemas kerana abangnya, seorang ahli perniagaan yang lahir di India tetapi kini warga negara Britain juga menetap di pinggir London. Abangnya menggunakan underground setiap hari ke Liverpool Street. Manakala Abdul Rahim Rustamani, seorang Arab tempatan atau Emirati bertaraf jutawan terus sahaja menelefon isteri pertamanya yang sedang bercuti di London. Kelapan-lapan kami secara serentak mencapai telefon bimbit. Tetapi talian begitu sibuk. Memang kami begitu cemas kerana kebetulan juga kelapan-lapan kami dalam G8 ini ada kaitan langsung dan tidak langsung dengan London. Amir Khan, warga Pakistan, peniaga kedai emas yang sudah 20 tahun menetap di Dubai ada dua adik lelaki sedang menuntut di London School of Economics. Chong, warga China yang ada syarikat import eksport barangan permainan di China Town Dubai turut ada seorang anak saudara perempuan bekerja secara tanpa izin sebagai pelayan di Soho. Juga David, seorang pengarah syarikat multinasional warga Afrika Selatan berkulit putih ada ramai keluarga yang berhijrah ke London sebaik Apartheid terkubur. Adel, usahawan telekomunikasi berbangsa Palestin dan berpasport Amerika baru sahaja menghantar keluarga bercuti bersama abang iparnya di London. Saya pula, akauntan di sebuah syarikat petroleum ada seorang adik lelaki yang bekerja di London sebagai eksekutif pelaburan sejak lima tahun lalu. Adrian telah berkahwin dengan gadis London yang berasal dari Hong Kong. Tidak mahu pulang ke tanah air kerana mahu menikmati gaji dalam sterling selain mahu menjadi ekspatriat global yang berjaya dalam perbankan.
Tidak banyak yang boleh kami berlapan lakukan. Talian terus sesak. Mungkin panggilan dari UAE ke UK juga sama banyak dengan panggilan keluar dari UK. Hanya bunyi tot tot tot. Seakan sewaktu bekalan elektrik terputus selama empat jam di Dubai beberapa hari sebelumnya. Panik sekali. Sama dengan suasana di London.\r\nBergegas kami bangun dari jakuzi dan berpakaian. Tidak ke restoran seperti selalu. Segera ke lobi kelab untuk mengikuti siaran berita TV. Sambil jejari menghantar SMS ke sesiapa sahaja untuk bertanya khabar. Fikiran tidak menentu. Apa lagi kami adalah \'bujang-bujang\' musim panas. Para bapa yang home alone. \r\nG8 tertubuh secara tidak rasmi lapan bulan lalu. Seperti sahaja salah sebuah program realiti TV. Dengan banyak kamera sekuriti dalam kelab, memang terasa seperti dalam sebuah realiti TV Amerika, The Biggest Losers. Penonton setianya mungkin pegawai keselamatan yang mungkin pula mengumpat tentang telatah G8 yang macam budak-budak. Kalau dalam seluar mandi, boleh saja kelihatan seperti ahli sumo. \r\nKami bertemu secara kebetulan dalam jakuzi itu hampir setiap hujung minggu. Mula-mula bertegur sapa secara senyum, kemudian bertanya khabar dan nama. Akhirnya menjadi kumpulan lapan lelaki gedempol yang mahu menurunkan berat badan, tetapi masih belum berhasil. Lebih banyak berendam seperti badak dalam jakuzi.\r\nMungkin kerana kami lebih berselera apabila makan bersama setiap kali keluar jakuzi. Melupakan BMI, obesiti dan diet Atkins. Lebih berselera daripada biasa dengan menukar menu setiap kali dari restoran India, Pakistan, Arab, Sri Lanka, Barat, Malaysia, Singapura, ke Afrika dan sebagainya. Sehingga kekadang tidak tahu untuk membuat keputusan. Tetapi pantang berlapar. Terutama pada musim panas yang bermula bulan Jun.\r\nDalam kumpulan G8 ini, saya paling rapat dengan Abdul Rahim. Dia berketurunan Parsi yang sudah menjadi Arab tempatan, generasi ke tiga di UAE. Keluarganya mempunyai empayar bisnes di Dubai. Punya tiga isteri. Pertama Arab Emirati, kedua Arab Lebanon, ketiga wanita Parsi. Dan dia berkali-kali meminta saya mencari seorang gadis Melayu sebagai calon isteri keempat. \r\n",1]
);
//-->
Tidak banyak yang boleh kami berlapan lakukan. Talian terus sesak. Mungkin panggilan dari UAE ke UK juga sama banyak dengan panggilan keluar dari UK. Hanya bunyi tot tot tot. Seakan sewaktu bekalan elektrik terputus selama empat jam di Dubai beberapa hari sebelumnya. Panik sekali. Sama dengan suasana di London. Bergegas kami bangun dari jakuzi dan berpakaian. Tidak ke restoran seperti selalu. Segera ke lobi kelab untuk mengikuti siaran berita TV. Sambil jejari menghantar SMS ke sesiapa sahaja untuk bertanya khabar. Fikiran tidak menentu. Apa lagi kami adalah 'bujang-bujang' musim panas. Para bapa yang home alone. G8 tertubuh secara tidak rasmi lapan bulan lalu. Seperti sahaja salah sebuah program realiti TV. Dengan banyak kamera sekuriti dalam kelab, memang terasa seperti dalam sebuah realiti TV Amerika, The Biggest Losers. Penonton setianya mungkin pegawai keselamatan yang mungkin pula mengumpat tentang telatah G8 yang macam budak-budak. Kalau dalam seluar mandi, boleh saja kelihatan seperti ahli sumo. Kami bertemu secara kebetulan dalam jakuzi itu hampir setiap hujung minggu. Mula-mula bertegur sapa secara senyum, kemudian bertanya khabar dan nama. Akhirnya menjadi kumpulan lapan lelaki gedempol yang mahu menurunkan berat badan, tetapi masih belum berhasil. Lebih banyak berendam seperti badak dalam jakuzi. Mungkin kerana kami lebih berselera apabila makan bersama setiap kali keluar jakuzi. Melupakan BMI, obesiti dan diet Atkins. Lebih berselera daripada biasa dengan menukar menu setiap kali dari restoran India, Pakistan, Arab, Sri Lanka, Barat, Malaysia, Singapura, ke Afrika dan sebagainya. Sehingga kekadang tidak tahu untuk membuat keputusan. Tetapi pantang berlapar. Terutama pada musim panas yang bermula bulan Jun. Dalam kumpulan G8 ini, saya paling rapat dengan Abdul Rahim. Dia berketurunan Parsi yang sudah menjadi Arab tempatan, generasi ke tiga di UAE. Keluarganya mempunyai empayar bisnes di Dubai. Punya tiga isteri. Pertama Arab Emirati, kedua Arab Lebanon, ketiga wanita Parsi. Dan dia berkali-kali meminta saya mencari seorang gadis Melayu sebagai calon isteri keempat.
Tahun ini dia sudah membuat perancangan cukup rapi dan strategik. Isteri pertama dihantar bercuti ke London, isteri kedua ke New Zealand dan isteri ketiga, balik ke Teheran. Dia mahu ke Malaysia, atas alasan urusan bisnes, memilih antara calon-calon isteri keempat yang sudah disenaraipendekkan. Kami sepatutnya terbang dua hari lagi. Keluarga saya sudah pulang ke Kuala Lumpur lebih awal kerana cuti sekolah telah lama bermula. Saya pula mendapat giliran cuti agak lambat. Ada konspirasi yang merapatkan saya dan Abdul Rahim. Saya menjadi broker jodohnya dan dia berjanji untuk mencari isteri kedua saya di Dubai, dari beberapa wanita Arab yang bertaraf andartu, tetapi kaya raya. Memasang angan-angan dalam takut-takut berdepan dengan isteri.\r\nAbdul Rahim mulanya agak hairan kerana saya rakyat Malaysia mahu bekerja sebagai ekspatriat di Dubai. Menurutnya, Malaysia maju dan makmur. Tidak seperti India, Pakistan dan lain-lain negara Arab dan tidak ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai.\r\nAbdul Rahim lebih terperanjat apabila tahu yang saya berbangsa Cina dan beragama Islam. Saya memberitahunya yang saya mengahwini seorang wanita Melayu, kerana cinta terpaksa memeluk Islam, sebagai muallaf yang berkhatan sesudah tua bangka dan kini seorang Muslim sepenuhnya. Kerana itu dia amat baik dengan saya kerana dia mahu belajar jadi Muslim yang lebih baik. Melucukan, pelik tetapi benar. Abdul Rahim di sebalik jubah dan serbannya adalah kaki minum dan banyak berjudi. Tetapi untungnya juga saya banyak belajar mengenai perbezaan antara Islam dan budaya Arab daripada Abdul Rahim yang bersikap terbuka dan tidak lokek, sama ada wang atau ilmu.\r\nSetiap ahli G8 ada kelucuan dan keunikan tersendiri. Kiran, tidak mengaku sebagai penganut Hindu dan mengisytiharkan dirinya seorang atheis. James baru saja menjadi ahli Scientology, agama pelakon Tom Cruise, hanya kerana meminati Katie Holmes dan konon-kononnya mahu menyelamatkan heroin Batman Returns daripada Tom.\r\nAmir Khan pula seorang Syiah yang sekejap-kejap menjadi ahli sunni. Bergantung pada keadaan dan banyak bercakap hal-hal sufi walau solatnya lintang-pukang. Chong adalah manusia yang bertuhankan wang. Manakala David seorang Protestant, berminat dengan Islam kerana meminati Cat Stevens sejak menjadi Yusuf Islam. Banyak bertanya dengan Abdul Rahim terutama mengenai perbezaan antara Kristian dan Islam.\r\n",1]
);
//-->
Tahun ini dia sudah membuat perancangan cukup rapi dan strategik. Isteri pertama dihantar bercuti ke London, isteri kedua ke New Zealand dan isteri ketiga, balik ke Teheran. Dia mahu ke Malaysia, atas alasan urusan bisnes, memilih antara calon-calon isteri keempat yang sudah disenaraipendekkan. Kami sepatutnya terbang dua hari lagi. Keluarga saya sudah pulang ke Kuala Lumpur lebih awal kerana cuti sekolah telah lama bermula. Saya pula mendapat giliran cuti agak lambat. Ada konspirasi yang merapatkan saya dan Abdul Rahim. Saya menjadi broker jodohnya dan dia berjanji untuk mencari isteri kedua saya di Dubai, dari beberapa wanita Arab yang bertaraf andartu, tetapi kaya raya. Memasang angan-angan dalam takut-takut berdepan dengan isteri. Abdul Rahim mulanya agak hairan kerana saya rakyat Malaysia mahu bekerja sebagai ekspatriat di Dubai. Menurutnya, Malaysia maju dan makmur. Tidak seperti India, Pakistan dan lain-lain negara Arab dan tidak ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai. Abdul Rahim lebih terperanjat apabila tahu yang saya berbangsa Cina dan beragama Islam. Saya memberitahunya yang saya mengahwini seorang wanita Melayu, kerana cinta terpaksa memeluk Islam, sebagai muallaf yang berkhatan sesudah tua bangka dan kini seorang Muslim sepenuhnya. Kerana itu dia amat baik dengan saya kerana dia mahu belajar jadi Muslim yang lebih baik. Melucukan, pelik tetapi benar. Abdul Rahim di sebalik jubah dan serbannya adalah kaki minum dan banyak berjudi. Tetapi untungnya juga saya banyak belajar mengenai perbezaan antara Islam dan budaya Arab daripada Abdul Rahim yang bersikap terbuka dan tidak lokek, sama ada wang atau ilmu. Setiap ahli G8 ada kelucuan dan keunikan tersendiri. Kiran, tidak mengaku sebagai penganut Hindu dan mengisytiharkan dirinya seorang atheis. James baru saja menjadi ahli Scientology, agama pelakon Tom Cruise, hanya kerana meminati Katie Holmes dan konon-kononnya mahu menyelamatkan heroin Batman Returns daripada Tom. Amir Khan pula seorang Syiah yang sekejap-kejap menjadi ahli sunni. Bergantung pada keadaan dan banyak bercakap hal-hal sufi walau solatnya lintang-pukang. Chong adalah manusia yang bertuhankan wang. Manakala David seorang Protestant, berminat dengan Islam kerana meminati Cat Stevens sejak menjadi Yusuf Islam. Banyak bertanya dengan Abdul Rahim terutama mengenai perbezaan antara Kristian dan Islam.
Tetapi mengejutkan saya apabila tahu yang Adel rupanya seorang penganut Kristian Ortodoks. Selama ini saya tidak tahu ada bangsa Palestin beragama Kristian sehingga berkongsi jakuzi dengan Adel. Keliru juga mulanya apabila Adel juga menyebut Allah dan Rasulullah.\r\nTiba-tiba Julai 9, 2005, London menjadi satu ikatan dalam keadaan cemas begini buat para bapa yang membujang kerana keadaan. Dalam memfokus kepada siaran langsung berita di skrin TV, G8 tertunggu-tunggu sekiranya ada berita dari keluarga terdekat. Berterusan menekan nombor-nombor telefon.\r\nBukan lagi ironi apabila semua TV membayangkan \'pengganas\' yang melakukan pengeboman adalah Muslim. Satu agama dengan Ben Laden. Bagai saja 11 September berulang. Ulasan dan komentar di TV terus sahaja membuat kesimpulan mengenai Al-Qaeda walau siasatan belum bermula. \r\nDavid yang banyak mengetahui sejarah berkata bahawa pengeboman tentera Amerika dan Britain di Dresden pada Februari 1945 membunuh hampir setengah juta penduduk. Ogos 1945, Amerika menjatuhkan bom nuklear di Hiroshima dan membunuh 150 ribu manusia, menjelang 1950 seramai 230 ribu mati oleh radiasi. Malah perang Iraq juga membunuh puluhan ribu manusia tidak berdosa. Apalagi kematian di bumi Palestin oleh regim Zionis yang berterusan setiap hari. Tidak pula disebut agama para pengebomnya.\r\nAdel yang berpasport Amerika sama mengutuk Blair dan Bush. Dia selalunya mengutuk bangsa Arab yang lain kerana hipokrit, seperti dia yang lahir di Dubai tetapi tidak diterima sebagai warga negara atau pemastautin tetap oleh negara Arab lain, kecuali Amerika. Ironi sekali.\r\nTiba-tiba saya mendapat panggilan yang dinanti-nantikan. Adrian dalam suara yang terpecah-pecah berkata dia dan isteri selamat dan telah berada di pejabat sewaktu bom pertama meletup. Satu demi satu ahli G8 menerima berita baik dari London. Semuanya selamat. Paling akhir, Abdul Rahim. Isteri pertamanya dan tiga anaknya masih tidur di apartmen Hyde Park sewaktu jutaan warga London kecemasan. Penat membeli-belah di Oxford Street.\r\n",1]
);
//-->
Tetapi mengejutkan saya apabila tahu yang Adel rupanya seorang penganut Kristian Ortodoks. Selama ini saya tidak tahu ada bangsa Palestin beragama Kristian sehingga berkongsi jakuzi dengan Adel. Keliru juga mulanya apabila Adel juga menyebut Allah dan Rasulullah. Tiba-tiba Julai 9, 2005, London menjadi satu ikatan dalam keadaan cemas begini buat para bapa yang membujang kerana keadaan. Dalam memfokus kepada siaran langsung berita di skrin TV, G8 tertunggu-tunggu sekiranya ada berita dari keluarga terdekat. Berterusan menekan nombor-nombor telefon. Bukan lagi ironi apabila semua TV membayangkan 'pengganas' yang melakukan pengeboman adalah Muslim. Satu agama dengan Ben Laden. Bagai saja 11 September berulang. Ulasan dan komentar di TV terus sahaja membuat kesimpulan mengenai Al-Qaeda walau siasatan belum bermula. David yang banyak mengetahui sejarah berkata bahawa pengeboman tentera Amerika dan Britain di Dresden pada Februari 1945 membunuh hampir setengah juta penduduk. Ogos 1945, Amerika menjatuhkan bom nuklear di Hiroshima dan membunuh 150 ribu manusia, menjelang 1950 seramai 230 ribu mati oleh radiasi. Malah perang Iraq juga membunuh puluhan ribu manusia tidak berdosa. Apalagi kematian di bumi Palestin oleh regim Zionis yang berterusan setiap hari. Tidak pula disebut agama para pengebomnya. Adel yang berpasport Amerika sama mengutuk Blair dan Bush. Dia selalunya mengutuk bangsa Arab yang lain kerana hipokrit, seperti dia yang lahir di Dubai tetapi tidak diterima sebagai warga negara atau pemastautin tetap oleh negara Arab lain, kecuali Amerika. Ironi sekali. Tiba-tiba saya mendapat panggilan yang dinanti-nantikan. Adrian dalam suara yang terpecah-pecah berkata dia dan isteri selamat dan telah berada di pejabat sewaktu bom pertama meletup. Satu demi satu ahli G8 menerima berita baik dari London. Semuanya selamat. Paling akhir, Abdul Rahim. Isteri pertamanya dan tiga anaknya masih tidur di apartmen Hyde Park sewaktu jutaan warga London kecemasan. Penat membeli-belah di Oxford Street.
Kelegaan buat semua. Bersyukur. Kami berpelukan. Maka sambutan ulang tahun hari lahir Kiran pun bersambung.Hari Sabtu hari kerja untuk sektor awam dan cuti untuk majoriti swasta seperti kami. Dan kami terus sahaja melompat masuk dalam jakuzi. Segera perhatian beralih ke bursa saham Dubai yang sejak sebulan dua lalu meningkat ke paras yang menakjubkan. Atas nasihat Adel, kami telah melabur banyak wang dalam beberapa kaunter yang membenarkan ekspatriat untuk berjual beli. Apalagi Abdul Rahim turut memberi \'tips\' sehingga kami untung banyak atas kertas. Kami masih belum menjual saham yang ada kerana diramalkan oleh penganalisis yang harga saham pilihan kami akan terus menjulang. Menanti pengumuman-pengumuman keuntungan besar, projek-projek baru bernilai billion USD dan kenaikan harga mentah petroleum.\r\nTiba-tiba ada breaking news dari TV Dubai. Pembaca berita yang bertudung itu dengan bersahaja mengumumkan bahawa bursa saham Dubai menerima kejatuhan indeks paling teruk tahun ini, akibat pengeboman di London. Terutama syarikat pilihan kami, Ekmar.\r\nTerlopong kami berlapan dan terasa amat panas sekali. Kiran dan Amir yang meminjam daripada kumpulan ceti India untuk membeli saham terus sahaja mahu pengsan. James, David, Adel dan Chong menyumpah-nyumpah al-Qaeda. Saya pula terasa hanyut.\r\nDalam kelam kabut dan panik, kami tidak perasan Abdul Rahim yang mempunyai saham terbanyak di antara G8, bernilai jutaan Dirham telah pengsan sebelum kami, terutama saya sempat menyambung dot dot dot musim panas dalam jakuzi.\r\nInnalillah wa inna ilaih rajiun. Al-Fatihah.\r\n\r\n",0]
);
//-->
Kelegaan buat semua. Bersyukur. Kami berpelukan. Maka sambutan ulang tahun hari lahir Kiran pun bersambung.Hari Sabtu hari kerja untuk sektor awam dan cuti untuk majoriti swasta seperti kami. Dan kami terus sahaja melompat masuk dalam jakuzi. Segera perhatian beralih ke bursa saham Dubai yang sejak sebulan dua lalu meningkat ke paras yang menakjubkan. Atas nasihat Adel, kami telah melabur banyak wang dalam beberapa kaunter yang membenarkan ekspatriat untuk berjual beli. Apalagi Abdul Rahim turut memberi 'tips' sehingga kami untung banyak atas kertas. Kami masih belum menjual saham yang ada kerana diramalkan oleh penganalisis yang harga saham pilihan kami akan terus menjulang. Menanti pengumuman-pengumuman keuntungan besar, projek-projek baru bernilai billion USD dan kenaikan harga mentah petroleum. Tiba-tiba ada breaking news dari TV Dubai. Pembaca berita yang bertudung itu dengan bersahaja mengumumkan bahawa bursa saham Dubai menerima kejatuhan indeks paling teruk tahun ini, akibat pengeboman di London. Terutama syarikat pilihan kami, Ekmar. Terlopong kami berlapan dan terasa amat panas sekali. Kiran dan Amir yang meminjam daripada kumpulan ceti India untuk membeli saham terus sahaja mahu pengsan. James, David, Adel dan Chong menyumpah-nyumpah al-Qaeda. Saya pula terasa hanyut. Dalam kelam kabut dan panik, kami tidak perasan Abdul Rahim yang mempunyai saham terbanyak di antara G8, bernilai jutaan Dirham telah pengsan sebelum kami, terutama saya sempat menyambung dot dot dot musim panas dalam jakuzi. Innalillah wa inna ilaih rajiun. Al-Fatihah.
more
-
Pagi Jumaat di Notting Hill
wajah-wajah di jalanan
deja vu yang sasau
dan tercari-cari dalam kesesakan
sekiranya yang tiba-tiba menegur itu
adalah suara yang hilang
setelah waktu menarik balik
kemanisan ruang usia
di memoir carik
sebuah blog tanpa nama
notting hill masih sama
sebuah kedai buku kecil
mengacah musim bunga
dengan jualan diskaun
dari rak-rak bestsellers
memecah jejak sentimental
yang masih terpampang
sebagai grafiti di tembok belakang
bukan sekadar sebuah filem
keajaiban angan-angan
warna-warna di luar layar
kerana kehidupan ini berbeda
selari ke arah berlainan
tiada romantisnya suasana
dalam mengubah memori
bagi turun naik underground
dengan peringatan di mana-mana
mind the gap!
Fudzail
Oxford Street, London
22 April 2005
more
-
George Bernard Shaw
berkenalan dengan ruang
dari yang terpampang
di dinding
di kulit depan
di bar
bersama percakapan biasa
memberi tanggapan pertama
dan realiti melebar
menganalisa permukaan
tahap cendiakawan sejagat
dan jurang patriotik setempat
antara kami yang asing
tetamu dan penghuni
di luar batasan siber
24 jam kemudiannya
bukan sekadar sebuah muzium
hadiah nobel
dan sebuah monumen
george bernard shaw
adalah dublin yang berdenyut
dengan pro dan kontra
kemajuan bukan sekadar fizikal
tetapi pembangunan seimbang
untuk setiap warisan
ada hero dan petualang
mewarnai keunikan bangsa!
Fudzail
Dublin, Ireland
21 April 2005
more
-
Dalam Sejenak Kembara
masih berdiri di sini
antara langit dan bumi
mengisi senafas realiti
yang terus mendesak
dalam ruang mengasak
saujana jarak
menafsir kalimat
dari setiap rahmat
ada hirisan taubat
menguak luka-luka
yang berparutkan masa
dalam sejenak kembara
entah bila akan tiba
destinasi di mana-mana
perjalanan pun tanpa peta
sebagai burung-burung pagi
merentas gurun mimpi
pasrah ke hujung hari!
Fudzail
Sharjah University
1 April 2005
more
-
Konspirasi Teh Tarek
Spring Equinox, hari yang sepatutnya menjadi antara hari paling panas disekitar khatulistiwa, tiba-tiba menjadi basah. Hujan turun dari pagi. Cuaca musim bunga yang agak panas di Dubai juga menjadi lebih sejuk. Suhu turun bawah 25°. Dengan angin dari teluk Arab agak kencang. Mengegarkan pokok-pokok kurma pasang siap yang ‘tumbuh’ tiba-tiba begitu banyak sepanjang lebuhraya.
Dari radio, DJ menghebahkan lapuran kemalangan jalanraya di sekitar Dubai dan Abu Dhabi. Purata kemalangan di Dubai tahun 2004 ialah satu setiap 3 minit atau 5000 sehari. Statistik yang begitu menakutkan. Satu fenomena di kebanyakan negara sedang membangun. Lebih ramai mati di jalanraya dari perang dan serangan teroris.
Memang hujan sering membawa lebih banyak kemalangan kerana jalan-jalan yang tidak berlongkang dan berparit menjadikan air bertakung di mana-mana. Para pemandu yang tidak biasa dengan keadaan basah sebegini akan lebih mudah membuat kesilapan. Apalagi dengan kenderaan yang berenjin kuasa tinggi begitu banyak memenuhi jalanraya dan dipandu oleh ramai “Schumacher’ berserban dan berjubah.
Tidak mudah untuk mendapat lesen memandu di UAE. Kecuali buat mereka yang datang dari Amerika, negara Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand dan Singapura. Boleh terus sahaja menukarkan lesen memandu negara mereka ke lesen memandu tempatan.
Buat yang lain, akan terpaksa mengambil ujian memandu. Ada yang sampai berbelas kali. Sebab itu ramai yang menjadi pemandu gila sebaik mendapat lesen memandu. Lebih senang buat ijazah pertama dari menduduki ujian lesen memandu buat mereka yang datang dari benua kecil Asia Selatan seperti India dan Pakistan. Yang kebetulan ekspatriat majoriti di kawasan Teluk Arab.
Sebaik Abdul Qadeer Fazil sampai di pejabat di Mina Seyahi, seperti biasa hanya Mujeeb yang sudah tiba. Bertambah lewat buat mereka yang lain yang selalunya lewat disebabkan terperangkap dalam kesesakan jalanraya. Mujeeb yang sentiasa sampai pagi-pagi lagi dalam keadaan apa pun. Tetapi hari Spring Equinox itu Mujeeb tidak ceria.
“Sudah tiga kali gagal!” Mujeeb bercerita sebaik meletakkan teh tarek diatas meja Abdul Qadeer Fazel. Bahasa Inggerisnya loghat India. Dengan kepala menggeleng-geleng.
Sambil menghirup teh tarek, Abdul Qadeer tersenyum. Mujeeb budak pelayan pejabat dari Kerala itu memang agak rapat dengannya. Abdul Qadeer mengajar Mujeeb untuk membuat teh tarek sejak hari pertama dia bekerja di sebuah syarikat pembangunan hartanah Dubai. Teh tarek Mujeeb cukup sedap. Sering mengingatkan Abdul Qadeer tentang sebuah warung teh tarek di Bricksfield. Tentang kesibukan pagi di Kuala Lumpur.
“Apa pulak sebabnya kali ini?”
“Itu polis cakap, saya tidak lambat beri lampu isyarat sebelum pusing!”
“Kenapa lambat?”
“Panik....ingat itu lampu trafik jauh lagi....tak sempat bagi sudah sampai!”
“Yang lain dalam kereta tu lulus tak?”
“Semua dari India hari itu tidak lulus!”
Abdul Qadeer ketawa. Memang menjadi satu mitos dikalangan eksptriat dari India dan Pakistan yang mereka dianaktirikan atau Polis Dubai mahu membuat duit lebih dari mereka. Mereka akan mudah digagalkan walau dengan kesilapan kecil. Setiap ujian memandu dikenakan bayaran. Kalau ratusan ribu yang berulang mengambil ujian, bermakna pendapatan Polis juga semakin banyak.
Itu cakap-cakap kedai kopi. Cakap-cakap konspirasi dari maklumat yang tidak pernah dibuat kajian akademik. Kini menjadi fakta yang disahihkan oleh eksptariat baru setiap tahun.
“Kenapa ekspatriat dari Malaysia mudah mendapat lesen kat sini?” Mujeeb bertanya. Bukan pertama kali kepada Abdul Qadeer. Setiap kali gagal dia akan bertanya. Abdul Qadeer merupakan rakyat Malaysia yang pertama di temuinya. Mujeeb memandang tinggi sesiapa yang berasal dari Malaysia.
“Bapak saudara saya ada di Malaysia, sudah lama tidak balik Kerala. Mungkin sudah kaya raya!” Pernah sekali dia bercerita kepada Abdul Qadeer sebaik meletakkan teh tarek diatas meja.
Cerita sebegini selalu didengar oleh Abdul Qadeer apabila berkenalan dengan sesiapa dari Kerala. Kalau tidak bapak saudara, mungkin adik beradik, datuk nenek, sahabat dan saudara mara. Malaysia adalah syurga bagi ramai warga India dan Pakistan. Pergi ke Malaysia bererti bakal mengubah kehidupan. Kaya raya. Kalau ada apa saja pertalian meraka akan turut merasa bangga. Bangga kerana ada kena mengena dengan Malaysia walau hanya berbau bacang.
Abdul Qadeer sebenarnya sering dalam keadaan serba salah. Perwatakan dan namanya menggelirukan. Ramai menyangka dia juga dari India atau Pakistan. Ramai yang bercakap Hindi atau Urdu dengan Abdul Qadeer bila pertama kali bertemu.
“Maaf, saya dari Malaysia, tidak boleh bercakap Hindi dan Urdu!”
Berulang kata-kata itu diucapkan. Sesekali, Abdul Qadeer merasa menyesal juga tidak mempelajari bahasa tersebut kerana selalunya para peniaga akan memberi harga yang lebih baik sekiranya berjual beli dalam Hindi atau Urdu.
Lantas dia belajar sedikit-sedikit dari Mujeeb. Ada sahaja perkataan baru setiap kali Mujeeb meletakkan teh tarek diatas meja. Sekurang-kurang kalau ke souq ikan atau souq kain, dia boleh tawar menawar. Kalau peniaga tahu dia datang dari Malaysia dan bercakap Hindi atau Urdu, lebih mudah mendapat potongan harga.
Begitulah realiti kehidupan di Dubai. Sebuah negara Arab yang bermajoritikan warga India dan Pakistan. Bahasa Arab tidak lagi menjadi bahasa utama. Walau semua jabatan kerajaan Dubai mewajibkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, lebih ramai Arab yang berbahasa Hindi atau Urdu. Memudahkan komunikasi. Malah bahasa percakapan Arab seharian sudah bercampur aduk dengan bahasa Hindi dan Urdu.
Abdul Qadeer sudah empat tahun menetap dan bekerja di Dubai. Bersama isteri dan empat anak-anaknya. Tidak juga begitu rapat dengan ekspatriat dari Malaysia yang lain. Dia terasa agak sensitif apabila ramai orang Melayu, Cina dan India rakyat Malaysia memanggilnya Mamak. Memang dia mempunyai keturunan bercampur, ada darah India, Jawa dan Siam.
“Betul ke makin ramai orang Malaysia datang bekerja di sini?” Tanya John Howard selepas mesyuarat kemudiannya. John yang berjawatan Jurutera Ukur bahan kanan itu berasal dari Australia dan pernah bekerja di Malaysia. Sama-sama berkongsi teh tarek Mujeeb di pejabat. Kini menjadi rakan baik Abdul Qadeer di dalam dan luar pejabat. Sama-sama juga kaki memancing setiap hujung minggu.
“Tidak pasti, rasanya masih kurang dari seribu kalau mengikut lapuran akhbar!” Abdul Qadeer mengikuti berita tanahair melalui akhbar online. Berita banyak syarikat pembinaan Malaysia mendapat kontrak di Dubai turut menarik minat John.
“Wow, sedikitnya! Jauh lebih sedikit dari warga Singapura!” John yang berkahwin dengan seorang wanita Melayu Singapura itu menggeleng-geleng kepala. Dia agak rapat dengan komuniti warga Singapura kerana isterinya agak aktif dengan sukan boling.
Pada waktu itu Mujeeb masuk ke bilik mesyuarat untuk mengemas meja.
“Teh Tarek lagi satu?” Tanya Mujeeb dalam bahasa Melayu. Seperti diajar oleh Abdul Qadeer.
John segera ketawa. Kedua menggeleng-geleng. Suasana sepi seketika.
“Apa cerita panas hari ini, Mujeeb?” Tanya Abdul Qadeer. “Selain kau gagal lulus lesen kereta kali ketiga?” Seperti biasa juga, Abdul Qadeer dan John akan cuba merisik cerita dan gosip politik pejabat dari Mujeeb. Mujeeb yang bukan sahaja menyediakan minuman untuk setiap jurutera dan eksekutif di pejabat, malah membuat fotokopi, membukukan dokumen, mengemaskan fail itu memang banyak tahu cerita-cerita sensasi dan spekulasi. Selalu juga disuruh setiausaha, wanita Lebanon untuk membuat fotokopi dokumen rahsia untuk bos, seorang warga Britain. Kalau ada rahsia penting, Mujeeb kadang-kadang membuat fotokopi lebih untuk Abdul Qadeer dan John.
Secara tidak langsung Mujeeb menjadi kaki intip ala James Bond yang paling efektif. Terutama apabila kedatangan ramai ekspatriat baru dari Afrika Selatan yang seakan mafia mahu menguasai perjalanan syarikat. Ramai staf dikalangan warga India berjaya diketepikan. Ekspatriat Afrika Selatan berkulit putih dianggap ‘buruh kulit putih paling murah’ berbanding dari Eropah, Amerika dan ‘down under’.
Mujeeb menutup pintu bilik mesyuarat. Menarik nafas agak panjang.
“Ada berita baik dan berita tidak baik!” Abdul Qadeer dan Mujeeb terdiam.
“OK. Berita baik dulu. Saya akan naik pangkat!” Jawab Mujeeb tersenyum lebar. Menampakkan giginya yang sedikit kekuningan.
“Tahniah! Tahniah! Sebagai apa?” Tanya John. Mereka bersalaman.
“Saya akan pindah ke ibu pejabat untuk jaga stor mulai esok!”
Mujeeb menunjukkan surat yang baru diterimanya.
“Jadi apa berita tidak baik?”
Mujeeb terdiam. Menggeleng-geleng kepala sebelum bercakap. Seakan cuba mendapatkan perhatian Abdul Qadeer dan John sepenuhnya. Sudah dua tahun dia kenal kedua peminum teh tarek yang setia. Dua tahun diterima sebagai ahli kumpulan ‘Malaysia’.
Abdul Qadeer dan John tiba-tiba faham. Bermakna, menjelang musim panas tahun ini, akan berakhir juga dua tahun satu konspirasi yang walau tidak sehebat skandal Enron, banyak memberikan advantej bagi mereka. Sekurang-kurang bila bersaing dengan warga Afrika Selatan.
Perlahan Mujeeb mengesahkannya. “Saya tidak akan buat teh tarek lagi!”
more
-
Pornutopia
(Tersiar dalam Dewan Sastera April 2005)
(1)
“Suami saya keluar bekerja jam 5 pagi. Selalunya, saya akan bangun sama dan rasa begitu sunyi, tak banyak yang boleh dibuat kerana suami tidak makan di rumah. Nasib baik juga rumah kami ada PC. Saya pun segera berjinak-jinak untuk menghabis masa secara online!”
Sumitra merasa agak malu mulanya. Tetapi dengan nama samaran ‘Sumi’ dan alamat emel yahoo, tidak mungkin orang tahu identiti dia yang sebenarnya. Dia mahu bercerita untuk berkongsi pengalaman kisah benar dalam e-grup yang baru disertainya.
E-grup yang bertema ‘dari wanita untuk wanita penghuni USJ’. Mereka sedang berdiskusi mengenai perisian penapis Internet. Yang dimulai oleh seorang wanita memakai nama samaran Misha. Agak ramai juga ahli yang aktif menghantar maklumat dan berkongsi pengalaman. Inbox sentiasa penuh dengan kiriman emel e-grup selain spam.
“Saya sudah puas melayar pelbagai laman web dan mahu tahu apa yang menjadikan laman web porno begitu popular. Itupun setelah suami saya turut mengaku dia juga suka melayari laman web porno! Tetapi ketagihnya hanya kalau ada PC depan mata, kalau tak ada, tak mengapa. Nasib baik dia banyak keluar sebagai agen insuran!”
Sumitra meneguk air teh ais sambil mencari perkataan untuk menyambung emelnya. Menjenguk melihat anak kecilnya yang tidur dalam buaian.
“Pada waktu itu rumahtangga kami ada sedikit masalah. Saya mahu bekerja tetapi suami saya tidak bersetuju kerana anak masih kecil dan dia tidak mahu orang lain menjaganya. Saya merasa kecewa dan mula menganggap dia sebagai musuh, bukan rakan kongsi. Kesilapan saya ialah tidak berdepan, berterus-terang dengan dia untuk mencari penyelesaian, sebaliknya masuk tidur dalam merajuk dan sakit hati, bangun pagi dan terperangkap dalam dunia pornografi online, bergelumang hayalan bersama mereka yang tidak bernama, tanpa wajah, cuba tubuh badan, mereka yang kelihatan tidak mempunyai masalah, sentiasa dengan kepuasan batin dan keseronokan seks!”
Sumitra membaca kembali apa yang sudah ditulis. Bukan sekadar membetulkan tatababahsa, malah ejaan juga. Sebagai lepasan graduan bahasa, dia memang cerewet dengan kesilapan sebegitu walaupun dalam emel dan tiada siapa tahu identiti penulisnya.
“Lama kelamaan, saya sedar yang porno bukan sahaja menyebabkan saya tidak cukup tidur dan pemarah, malah lebih menjauhkan saya dari suami sendiri. Kepuasannya sebentar sahaja dan untuk masa yang lain saya rasa macam orang bodoh! Satu hari, kami berbincang dan bertemu dengan kaunselor perkahwinan. Salah satu pilihan ialah memasang perisian penapis Internet. Mulanya terasa mengganggu setiap melayar siber, tetapi langkah bijak demi menyelamatkan perkahwinan dan anak kecil kami, sekarang kami kembali mesra sebagai suami isteri!”
Sumitra pun klik ‘hantar’ untuk menghantar emelnya. Berdebar menanti apa-apa komen dari ahli e-grup yang lain. Selalunya anti-klimaks kerana diskusi mati begitu sahaja bila tiada yang menyambung.
(2)
Tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Sudah terlambat. Begitupun, Tan tetap menyalahkan isterinya dengan apa yang telah berlaku. Dia memaki hamun dengan pelbagai nama mencerca.
“Dia seorang pemabuk!” Katanya kepada Zuhri. Mereka bertemu di penjara.
Nampak wajah Tan masih sugul. Cermin matanya pun berkabus.
“Kau tahu, sejak empat tahun lalu, isteri aku dulu sentiasa balik lewat dan dalam keadaan mabuk, terus tidur di sofa. Aku yang terkial-kial keseorangan tak tahu apa nak buat. Tidak banyak pilihan, nak keluar aku malas sebab letih, aku mula melayar Internet. Meneroka online. Mulanya sekadar ikut perasaan mahu tahu dan buang masa, tetapi lama-lama ketagih chat dengan para pelayar laman dewasa!”
Zuhri mendengar anak guam dengan tekun. Dia kenal Tan dan isterinya Gina sejak dari seuniversiti. Sama-sama aktif dalam persatuan pelajar. Mereka tidak mempunyai anak kerana Gina tidak mahukan kerjayanya sebagai pengurus pengiklanan sebuah syarikat multi-nasional terganggu. Juga tidak mahu badan rampingnya jadi tembam.
Tan pula mahukan anak, paling kurang seorang untuk menyambung nama keluarganya. Perselisihan yang membuatkan rumahtangga mereka sekadar sebuah hotel. Hidup sekali tetapi tidur berlainan.
“Aku tak pernah menghantar gambar lucah atau bogel, hanya chat dan menyertai pelbagai e-grup dewasa yang ada. Terima emel, buka gambar dan padamkan!”
Suara Tan agak terketar-ketar. Masih marah. Dengan isterinya dan dirinya sendiri.
“Jadi kau tak perasaan yang ‘padamkan ’ tidak bermakna semuanya akan padam dari memori komputer? Ada yang tertinggal dalam tong sampah dan boleh dibuka semula?”
Tan mengangguk lemah. Dia tidak menyangka ketagihan online menyebabkan dia kini menjadi seorang yang tertuduh sebagai pesalah seks. Memalukan sekali.
Diluar kesedaran dan kewarasannya, nama penggunanya telah dijejak oleh pihak polis yang menyiasat kegiatan pornografi kanak-kanak di Internet. Dari jejakan IP melalui pengendali servis Internet tempatan, Polis menggelidah rumahnya dan merampas PC yang mengandungi ribuan jpeg pornografi kanak-kanak yang tidak dipadamkan.
“Nampaknya semua bukti begitu kuat untuk kau sabit kesalahan!”
Tan tahu bukan sahaja namanya akan hitam, malah seluruh kerjayanya sebagai pengurus sumber tenaga manusia juga akan musnah. Dalam kesalan, dia terus menyumpah-nyumpah Gina yang menjadi punca dan tidak pula sudi untuk melawatnya di penjara. Dia sepatutnya berpisah sahaja sejak lima tahun lalu.
“Sebenarnya apa yang kau telah buat ialah memasang perisian penapis Internet...!” Zuhri cuba bergurau. Tentunya tidak lucu buat Tan sewaktu bangkit untuk dibawa ke mahkamah.
(3)
Adenan memang pakar dalam banyak hal berkaitan komputer. Sedikit geek dari segi penampilan. Sejak lama, menjadi sumber rujukan berkaitan IT kawan-kawan rapat. Dia adalah pengusaha sebuah syarikat pembanguan perisian yang sudah berkembang sejak empat tahun lalu. Mahu menyenaraikan syarikatnya di Mesdaq.
“Apa yang kau berminat sangat dengan industri pornografi ni? Apa sudah kemaruk nak kahwin lain ke?” Tanyanya sinis dalam menjawab SMS Zuhri. Dia malas betul melayan Zuhri yang kedekut dalam membelanja makan. Hanya menghubungi kawan kalau mahu maklumat, itupun secara percuma. Jarang sekali bertanya kabar. Memang perangai yang tidak berubah sejak sekolah. Mementingkan diri sahaja.
“Kalau nak tahu maklumat lain, belanja aku makan ikan bakar belakang Istana Negara!” Sambungnya dalam SMS. Cuba menguji Zuhri.
Mereka bertemu esoknya.
“Kau tahu, industri porno online di Amerika sahaja bernilai RM30 billion. Lebih ramai yang menjadi jutawan dengan menjadi pengusaha laman web porno dari pengusaha perisian macam aku........memang seks sentiasa laku, dalam dan luar ruang siber!”
Suara Adenan agak kuat dalam gamat pelanggan menikmati juadah ikan bakar. Beberapa pelanggan perempuan yang duduk bersebelahan berpandangan. Menggeleng-geleng. Seakan tidak percaya ada juga orang yang boleh bercakap soal seks dan porno waktu makan.
“Lebih melucukan, siber menaikkan taraf dan lanskap porno ke tahap yang sedikit dihormati, malah jadi cool pulak. Porno tidak lagi terhad di studio jalan belakang lembah San Fernando dan daerah lampu merah metropolitan atau Chow Kit, malah sudah jadi industri do-it-yourself yang muncul macam cendawan di seluruh planet!”
Zuhri mengangguk-angguk. Ikan kembung bakar yang dijamahnya dengan lauk kari memang sedap. Apa lagi dengan petai dan sambal belacan. Berselera sekali.
“Semua orang tahu, orang paling banyak buat untung sejak Internet menjadi wadah baru bisnes ialah pengusaha laman web porno berbayar. Lebih untung dari Amazon, Google. Lagipun dalam siber, tak perlu bimbang dengan samseng atau mafia mintak wang perlindungan, walau ketat sekali undang-undang, sukar untuk mengesan kegiatan jenayah dalam siber!”
Adenan sempat menjeling seorang perempuan Melayu yang berpakaian seksi dan duduk berhampiran. Dikelilingi beberapa lelaki lembut. Berbual tentang Akademi Fantasia.
“Jadi kau ni nak buka laman web porno sendiri ke?” Tanya Adenan sambil ketawa. “Ada ramai calun pelakun utama dan sampingannya kat sini...!”
(4)
Misha telah mengambil keputusan muktamad. Tidak boleh ditunggu lagi. Pagi Sabtu itu selepas sarapan, paling baik untuk berdepan dengan Zuhri.
“Kita mesti memasang Perisian penapis Internet!”
“Ya, abang setuju, Tak mahu anak-anak terjebak dengan porno online!” Jawab Zuhri sambil menghisap rokok. Selamba menghembus asap dengan mata ke arah layar TV.
Misha terdiam. Memandang jauh ke sekitar taman perumahan USJ4. Kedengaran suara anak-anak bermain dan bunyi kenderaan lalu lalang.
“Sebenarnya,” Misha menarik nafas, bukan mudah untuk melepaskan apa yang terpendam, “Misha lebih bimbang terhadap abang...!”
Zuhri terkejut. Merenung wajah isterinya, seorang guru sains rumahtangga. Masih dalam pantang. Anak bongsu baru berusia sebulan. Sedang lena tidur selepas menyusu.
“Misha ada melihat dalam arkib browser PC kita. Banyak tapak laman web porno......terutama sejak Misha bersalin sebulan lalu.....!”
Zuhri tidak dapat mengelakkan diri lagi. Bagai satu pukulan kuat menghempap. Mencapai sebatang lagi rokok.
“Ini bukan setakat baru-baru ini, Misha tahu dah lama, cuma nampaknya ketagihan abang begitu terlampau-lampau kebelakangan......Misha faham kenapa dalam keadaan Misha berpantang, cuma bimbang anak-anak kita tu tersalah melayar Internet dan masuk semua laman web porno yang abang kunjungi!”
Suara Misha agak gementar. Kesemua anak mereka adalah perempuan. Tidak dapat dibayangkan seorang ayah yang berusia 38 tahun, mempunyai tiga anak perempuan boleh melihat kepada perempuan lain sedemikian. Begitu kotor dan hina.
Misha sebenarnya terasa lebih tertekan sebagai isteri.
“Apakah ini semua salah Misha?” Misha mula sebak. “Apakah abang tidak dapat lagi menikmati kepuasan batin? Apakah Misha telah gagal berfungsi sebagai isteri selama ini? Apakah abang ingin berkahwin seorang lagi?”
Keadaan sepi seketika. Nampak Zuhri begitu rimas. Berpeluh. Cuba mencari perkataan yang sesuai. Semuanya hilang bersama kepulan asap rokok.
“Apa yang Misha rasa sangat kecewa ialah terasa dikhianati dan dikecewakan. Abang seolah-olah merasakan tidak mengapa untuk meyimpan rahsia dan masalah peribadi. Seakan tidak mengapa untuk abang membohongi Misha dengan tabiat buruk ini! Apakah abang tidak merasa berdosa menjadi penagih pornografi bila anak-anak kita semuanya perempuan?”
Misha terus sahaja menangis.
Terkial-kial Zuhri sambil menggaru kepala yang tidak gatal tetapi sudah kurang rambutnya. Tidak sangka tiba-tiba menerima ledakan bom jangka yang meletup sebelum waktunya. Tak semena-mena dia pula di kandang orang salah, sebagai yang tertuduh.
“Kalau masalah ini kerana Misha, Misha rela kalau abang nak kahwin lagi.....!”
more
-
Kabus Hitam
(Tersiar dalam Berita Minggu 17 April 2005)
memanjang dan berliku
saujana perjalanan waktu
berlari ke sebuah pintu
sesekali suara menusuk syahdu
pertanyaan pun beribu
jawaban tetap satu
berligar dan berpusing
minda merempuh keliling
mencari arah sehala
dari setiap papan tanda
selagi destinasi bukan destini
sekadar transit rohani
siang dan malam
pandangan berbalam-balam
merentas kabus hitam
qadar dan qadar bercelaru
dan masih hati keliru
meniti realiti kelabu!
Fudzail
Dubai, UAE
13.03.05
more
-
Keropok Linux
(1) - Ninja
“Beritahu kami yang sebenarnya, mengapa kamu datang ke sini?”
Tanya Ahmad lagi. Kali ini lebih tegas suaranya. Tajam memandang Jamilah.
“Awak yang menawarkan saya kerja......!” Ulang Jamilah yang terasa dipermainkan. Tidak pasti mengapa tiba-tiba dia berada dalam situasi yang tidak menentu dan penuh persoalan. “Bukankah awak yang meminta saya untuk menolong syarikat awak dalam promosi dan pemasaran sempena Ekspo Teknolgi Ketenteraan ini? Awak bagi saya tiket untuk datang ke sini!”
Ahmad ketawa sinis. Menggeleng-geleng kepala. Membayangkan dia tidak percaya langsung jawaban itu. Ahmad selalunya suka mendengar dirinya bercerita tentang kehebatan dirinya sendiri dan jarang mendengar apa-apa pendapat dari stafnya.
“Tahukah kamu yang tapak web syarikat kita telah di godam?”
Jamilah terkejut. Pertanyaan itu satu berita yang mengejutkan. Sebagai seorang yang membangunkan tapak web tersebut, berita itu bagai tikaman yang meragut kredibilitinya.
“Digodam?”
“Si penggodam telah meninggalkan mesej yang boleh menjejaskan minat pelabur. Dan kami tahu siapa yang menggodamnya!”
Ahmad membuat kenyataan yang memerangkap. Jamilah teringat yang Ahmad ada bercerita tentang ejen perisikan antarabangsa seperti CIA dan Mossad cuba menggodam, malah mencuri produk sekuriti barunya. Malah Ahmad mendakwa yang Bill Gates juga mahu membunuhnya kerana bakal menguburkan jenama Microsoft.
Besar agenda Ahmad, bukan sahaja mahu menumpaskan zionis, malah apa saja jenama global yang datang dari Amerika. Perang siber yang bakal menjatuhkan empayar angkuh itu.
Tetapi pandangan Ahmad membawa makna berlainan. Jamilah dapat menangkap kata-kata dari mata Ahmad. “Jadi awak tuduh saya yang menggodam?”
“Hanya kamu yang ada kata laluan!”
“Eh! Adik awak si Kasim juga ada kata laluan!”
Ahmad terdiam. Memandang COO, Suriani yang juga isterinya. Suriani tunduk sambil menggenggam tangan. Bilik 25 kaki persegi itu memang terasa sendat dalam keadaan yang panas. Memang tidak dipasang penghawa dingin di musim sejuk. Sekadar membuka tingkap. Angin sejuk dari gurun berselang-seli dengan angin dari laut Arab.
Jamilah menarik nafas, berfikir dan segera bersuara lagi. Teringat sesuatu.
“Nanti dulu, bahkan para pelawat juga boleh daftar sebagai ahli dan masuk ke dalam tapak. Saya memasang sistem pengurusan web, download percuma dari Internet.....lagipun sejak hari pertama ekspo, komputer bimbit saya digunakan di gerai pameran, dan saya tak dapat akses ke tapak web!”
“Jangan berdalih lagi, beritahu saja apa tujuan sebenar kamu datang ke sini. Apa yang kamu mahukan dari kami? Atau apa yang kamu mahu rampas dari kami?”
Tiba-tiba Suriani bersuara garang. Terkejut Jamilah. Malah Ahmad juga nampak terpinga-pinga. Suasana menjadi begitu senyap. Senyap yang menakutkan Jamilah.
Tiba-tiba juga, dua orang pembantu Suriani, Sofiah dan Mariam meluru masuk ke dalam bilik “CEO” syarikat Teknologi Sekuriti Jerman-Malaysia-Emirates (TSJME). Pejabat yang terletak di tengah-tengah Bandar Industri Abu Dhabi. Bilik Ahmad bin Abdullah yang kian sendat dengan lima manusia.
Suriani segera melingsing lengan jubah hitamnya. Di ikuti Sofiah dan Mariam yang berpurdah, seakan pasukan ninja. Mengelilingi Jamilah yang terpinga-pinga.
(2) - Karate
Malam musim sejuk di Abu Dhabi memang sejuk sekali. Suhu tidak labih dari 15° celcius. Dari bangunan hotel tingkat 15 di Jalan Corniche itu, Jamilah dapat melihat jauh ke Teluk Arabia. Memang cantik Abu Dhabi berlatarbelakangkan bulan dan bintang. Seakan sekeping gambar poskad. Romantis sekali.
Lagipun hari itu jatuhnya Hari Kekasih. 14 Februari. Setiap tahun Jamilah menyambut Hari kekasih, walau tidak dengan orang yang sama. Dan sudah menjadi tragis yang setiap kali selepas hari Kekasih, sama ada dia meninggalkan kekasih atau kekasih yang meninggalkannya. Tidak cinta dan janji sehidup semati sampai ke penghujung. Selalunya sekadar di pinggiran. Tahun ini, hari Kekasih menjadi hari Kekasih yang paling memilukan, tiada kad ucapan, tiada SMS, tiada e-kad, tiada emel dan tiada kekasih baru.
Jamilah menghembus asap rokok jauh-jauh. Sejauh mungkin. Terdengar dari radio FM Emirates 2 lagu-lagu permintaan dari pendengar yang tidak henti. Terutama dari ekspatriat Filipina dan India. Lagu-lagu cinta berkemundang. Mengusik jiwa seorang andartu yang inginkan kasih sayang. Yang dahagakan pelukan seorang suami.
Jam hampir menyusuri tengah malam. Malam minggu di merata tempat di dunia, tetapi di Abu Dhabi adalah malam biasa. Sabtu dan Ahad bukan hari cuti atau hujung minggu.
Jamilah berpusing apabila terdengar bunyi seseorang berdehem. Muncul Kak Chah, isteri CTO (Ketua Pegawai Teknologi), Kasim yang juga adik Ahmad.
“Sudah lama merokok?” Kak Chah cuba bermesra dengan soalan yang mungkin sensitif bagi ramai wanita perokok. Tetapi tidak bagi Jamilah. Dia tidak sensitif dipanggail andartu kerana dia wanita baru yang boleh berdikari.
Jamilah tersenyum. “Sejak dari universiti, sebaik kekasih kena tangkap basah dengan kawan baik sendiri!”
Terdiam kembali. Memang sukar bagi Jamilah untuk menerangkan kenikmatan dan keenakan merokok bagi mereka yang tidak pernah merokok. Seperti mana Kak Chah akan sukar becerita kenikmatan, mahupun keperitan hidup berumahtangga pada Jamilah yang sudah menghampiri 40 tahun.
“Kak Chah tahu ke hari ini Hari Kekasih?”
Kak Chah mengangguk. Melebarkan senyum. Seakan teringat sesuatu yang indah. Kak Chah yang nama sebenarnya Nuraishah masih muda. Baru juga berkahwin sebaik leluar universiti dan menganggur dengan ijazah IT. Bertemu Kasim melalui bilik chat siber.
“Sudah lama Kak Chah berkahwin? Isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat Kasim?” Jamilah bertanya. Bercampur jenaka. Bercampur sindiran. Mahu tahu juga selepas tahu apa yang berlaku di TSJME.
Seminggu di Abu Dhabi, hanya Kak Chah yang banyak melayani Jamilah. Staf lain TSJME tidak begitu peduli pada Jamilah yang dalam seminggu dari perekabentuk grafik laman web menjadi Pengurus Besar Promosi. Malah ramai yang terang-terang menunjukkan konfrontasi. Terutama Suriani, Sofiah dan Mariam.
Kak Chah tidak bercerita tentang hal-hal peribadi sebelum insiden di pejabat Ahmad. Sebagai pengurus Sumber manusia dalam TSJME, dia mengambil berat tentang Jamilah yang pertama kali menjejak kaki ke negara Teluk.
Kak Chah ketawa terkekeh-kekeh. Sewaktu berkenalan, Kasim memperkenalkan dirinya sebagai CTO sebuah syarikat IT di Cyberjaya. Hanya selepas kahwin dia tahu yang Kasim bukan siswazah mana-mana IPTS atau IPTA. Bukan juga mahasiswa yang kena tendang tahun pertama atau kedua seperti Bill Gates. Sekadar lulusan SPM yang menjadi penggodam. Mahu jadi penggodam nombor satu dunia.
“Tidak pasti sekarang....mungkin nombor lima!” Mereka ketawa. Hanya mereka berdua yang mengerti jenaka itu. Mereka tinggal sehelai sepinggang. Penerbangan ke Kuala Lumpur awal pagi.
“Masih sakit ke kena pukul dengan isteri-isteri Ahmad?” Tanya Kak Chah bila ketawa sudah sedikit reda. Nampak sedikit biru di dahi dan pipi Jamilah. Hadiah Hari Kekasih di Abu Dhabi.
Sambil mengusap-ngusap dahi, Jamilah ketawa lagi. Masih terasa sakit dibalun tiga wanita secara mengejut. Paling kuat penangan Suriani yang memberi pukulan tinju ala Mike Tyson tepat ke mukanya. Terjatuh dan terus K.O. sebaik Sofiah dan Mariam menghenyak.
“Tidak sangka ketiga-tiga mereka, Suriani, Sofiah dan Mariam semuanya isteri Ahmad.....memang cukup kelakar, luar biasa dalam zaman moden ini!” Jamilah mengesat mata, begitu melucukan sehingga keluar air mata. Ketawa yang bercampur kesedihan. Sedih kerana teringat yang Hari kekasih dan dia jadi punch bag.
“Dalam TSJME , Ahmad tu CEO, Suriani COO, Sofiah C-O-W dan Mariam pula C-O-O-K!” Kak Chah terkekeh-kekeh lagi. Mengutuk bakal bekas bisan-bisan yang semuanya diperbodohkan. Sudah dipukau oleh Ahmad. Termasuk dia yang kini sudah tahu semua rahsia Ahmad dan Kasim. Sudah juga bersedia menjadi janda muda.
“Kes cemburu paling sensasi, ketiga-tiga isteri fikir yang kamu buat konspirasi untuk jadi isteri Ahmad yang baru, selepas itu Ahmad akan ceraikan ketiga-tiga mereka, maka hilanglah segala yang bernama perjuangan suci dan keramat menentang zionis, Bill Gates dan Amerika!”
Hari Kekasih di Abu Dhabi tidak mungkin semeriah ini sampai bila-bila
“Pandai Ahmad mereka-reka konspirasi dalam kelambu, sehingga rahsia dan agenda jahat yang menipu dan memukau tidak diketahui ketiga-tiga isteri, jadilah mereka ninja!”
Hilai ketawa memenuhi Jalan Corniche ke Teluk Arabia. Lebih lucu mengingatkan bagaimana Kak Chah menjadi heroin, meng’karate’ ketiga-tiga ninja dan Ahmad sekaligus dengan gaya seorang juara SUKMA. Berbekal tali pinggang biru sewaktu zaman mahasiswa.
(3) Keropok
Melalui catatan blognya, Jamilah meluahkan segala yang terjadi. Terperinci dari kedatangannya ke Abu Dhabi sebagai ekspatriat sehingga dia dan Kak Chah terbang meninggalkan Abu Dhabi sebagai pelarian. Ketakutan kerana teringat Ahmad dan Kasim asyik menggugut. Kononnya mereka kenal ramai Sheikh di Abu Dhabi. Malah penaja syarikat TSJME adalah seorang anggota tentera berpangkat tinggi. Bermakna tidak makan saman kalau Jamilah dan Kak Chah membuat aduan polis. Mana-mana staf TSJME boleh dimasukkan ke dalam penjara sekiranya cuba melarikan diri.
“Ahmad dan Kasim bukan nama sebenar mereka!”
Hasanol menghirup ais kopi Starbuck sehingga licin. Menghisap rokok keretek sambil membaca blog Jamilah yang diakses secara wi-fi. Dia menghubungi Jamilah untuk bertemu, setelah memperkenalkan diri sebagai seorang ajen perisik melalui telefon. Mulanya Jamilah tidak percaya, tetapi apabila Hasanol memberi maklumat peribadi Jamilah secara tepat, barulah Jamilah berani untuk bersemuka. Jumpa di sebuah balai polis sebelum ke Mid Valley mega mall.
“Nama sebenar Ahmad ialah Haslam bin Yusuf, seorang penipu licik yang pernah membawa sebuah ajaran sesat sebagai tok guru, beristeri 10 orang secara batin dan dikatakan merogol ramai pengikut-pengikutnya sebagai menebus dosa mereka!”
Tersembur cuppachino Jamilah. Menjalar ingatannya pada lelaki kurus yang sekali pandang macam Wahid Satay, kalau tidak macam Wahid Senario. 10 isteri? Tok Guru?
“Manakala nama sebenar Kasim ialah Hakim, mereka bukan adik beradik. Hakim ini juga sering menyamar sebagai SB atau CID untuk memeras ugut! Kami telah cuba mengesan Haslam sejak melarikan diri dari waran tangkap untuk dihadapkan ke mahkamah. Beliau tidak pulang ke Malaysia dan kami agak berputus asa. Sehingga kami membaca blog ‘Kembara’ Jamilah, rupa-rupanya sedang meluaskan aktiviti di Abu Dhabi.”
Hasanol menukar laman web, pergi ke laman utusan online. Terus klik carian. Menaip sesuatu. Jamilah memandang Hasanol yang bercermin mata hitam dan berkumis nipis. Hatinya berdetik. Tidak sangka dia berada di tengah-tengah satu kumpulan mafia.
Kemudian Hasanol menunjuk ke skrin. Jamilah ternganga, tidak percaya. Wajah Ahmad alias Haslam muncul dengan berita besar.
“Tok Guru Ajaran Sesat KEROPOK LINUX sedang dicari!”
- Tamat -
more
Subscribe to:
Comments (Atom)