Advertisement
-
Pagi Jumaat di Notting Hill
wajah-wajah di jalanan
deja vu yang sasau
dan tercari-cari dalam kesesakan
sekiranya yang tiba-tiba menegur itu
adalah suara yang hilang
setelah waktu menarik balik
kemanisan ruang usia
di memoir carik
sebuah blog tanpa nama
notting hill masih sama
sebuah kedai buku kecil
mengacah musim bunga
dengan jualan diskaun
dari rak-rak bestsellers
memecah jejak sentimental
yang masih terpampang
sebagai grafiti di tembok belakang
bukan sekadar sebuah filem
keajaiban angan-angan
warna-warna di luar layar
kerana kehidupan ini berbeda
selari ke arah berlainan
tiada romantisnya suasana
dalam mengubah memori
bagi turun naik underground
dengan peringatan di mana-mana
mind the gap!
Fudzail
Oxford Street, London
22 April 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: