Advertisement
-
Hilang
dalam gamat berita
hilangnya hutan dari mukabumi
kemusnahan geologi
atau lupusnya budaya tempatan
mungkin tiada siapa perasan
di www.utusan.com.my
telah turut hilang
sastera
untuk diklik
mungkin sastera tidak hilang
sekadar bersembunyi
di celahan kehidupan
Muka Hadapan
Dalam Negeri
Luar Negara
Ekonomi
Korporat
Sukan
Mahkamah
Rencana
Bicara Agama
Forum
Hiburan
Rancangan TV
Pendidikan
Megabait
Keluarga
Kesihatan
Laman Khas
kerana nilai komersil
dan nilai budaya
jarang selari dalam merentas
realiti yang buas
bagi perantau yang liar
berita dan nilai
bukan sekadar ucapan menteri
dan statistik kemajuan
atau peningkatan jenayah
tetapi puisi dan cerpen
untuk melihat dalam cermin
dan mengukur kefahaman
tentang kebenaran!
Fudzail
Dubai, UAE 2.3.05
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: